SOALAN DAN JAWAPAN

HARGA DAN STOK BUAH

Q: Berapa harga buah?
A: Sila rujuk senarai harga yang kami berikan

Q: Buah apa yang ada?
A: Hanya buah yang ada dalam list sahaja yang kami ada, jika tiada dalam list. Maka tiada buah itu dalam stok kami

Q: Boleh ke saya nak request buah yang tiada dalam list?
A: Tidak. Jika tiada dalam list, maka stok buah itu tiada juga pada pembekal kami.

Q: Kenapa ada senarai buah yang out of stok?
A: Itu bermaksud stok sudah habis. Kami hanya jual buah yang ada dalam stok simpanan kami. Kami tidak buat pre order.

Q: Bila stok buah yang "out of stock" akan ada?
A: Tiada jaminan. Stok susah nak dapat untuk masa sekarang


CARA PEMBELIAN DAN BAYARAN

Q: Macam mana nak order?
A: Anda boleh order melalui website kami di sini: https://ordersini.com/view/s/delivery-servis-buah-buahan-segar

Q: Bagaimana cara pembayaran?
A: Bayar 100% menggunakan online banking, sama macam anda membeli di Shopee dan Lazada. Anda tak reti? Serious la tak reti..Come on..

Q: Kenapa perlu order online?
A: Kami menerima ratusan whatsapp setiap hari, ambil masa untuk balas 1 per 1. Kami bukan robot.  Lambat reply, anda akan marah. Jadi order online lebih mudah dan cepat. Anda gembira, kami senang hati

Q: Online banking apa yang boleh buat bayaran secara online?
A: Sistem kami support semua online banking di Malaysia

Q: Boleh tak nak bayar cash?
A: Tidak. Tapi kalau darurat kami akan pertimbangkan

Q: Boleh percaya ke beli buah online?
A: Kami berniaga secara jujur dan gentleman

Q: Ye ke? Cakap pandai la..
A: Syarikat kami Rahmat Pelangi Trading (002580824-k) No 4E, Blok 660, Kuarters JKR Sg Burung, 39100 Brichang, Pahang. 
Berpengkalan di Cameron Highlands. Cawangan kami di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur.
Kalau kami tipu, sila repot polis.


PENGHANTARAN DAN KOS

Q: Jika order buah hari ini, bila boleh dapat?
A: Order hari ini, kami akan buat penghantaran hari esok

Q: Esok tu pukul berapa kami akan dapat buah?
A: Tiada ketetapan masa. Runner kami keluar bawa semua order semalam punya, dan akan hantar 1 per 1 ikut giliran. Bila sampai giliran anda, runner akan call anda sebelum membuat penghantaran

Q: Hantar sampai depan pintu ke?
A: Tidak jika anda duduk rumah bertingkat. Sila turun dan ambil di bawah/lobi. Runner akan call. Jika rumah teres, ya. Runner akan hantar depan pagar

Q: Berapa kos penghantaran?
A: Bergantung pada zon kawasan anda.
  •      Zon 1 Rm8
  •      Zon 2 Rm12
  •      Zon 3 Rm15-Rm18
Q: Bagaimana nak tau saya duduk di zon mana?
A: Sila rujuk jadual Zon di bawah (bawah sekali)

Q: Macam mana kalau saya duduk diluar zon-zon yang ada dalam Jadual Zon?
A: Kami akan pertimbangkan untuk buat penghantaran menggunakan Grab Delivery dan kos           
     penghantaran ikut rate Grab Delivery. Sila hubungi kami dahulu sebelum membuat pembelian

Q: Anda hantar pakai servis apa?
A: Kami ada runner kami sendiri untuk Zon 1 dan Zon 2. Untuk Zon 3 kami pakai Grab Delivery

Jadual Zon Penghantaran

Berikut adalah jadual zon penghantaran

ZON 1 ( Rm 8)ZON 2 ( Rm 12)ZON 3 ( Rm 15-20)
Desa Detaling , Salak SelatanBukit Jalil, Pantai DalamTun Hussin Onn , Shamelin Perkasa
Kuchai Lama , Bandar Sri PermaisuriJalan Klang Lama, Sri PetalingSeri Kembangan, Batu 9 Cheras
Bandar Tun RazakTaman OUG, Taman ConnaughtPuncak Jalil, Kg Pandan, HKL
Desa Petaling, Salak SelatanTaman Maluri, Taman MidahTaman Bukit Mewah, Sentul
Bandar Tasik Selatan, Sungai BesiAlam Damai, Taman TenagaPandan Perdana, Seputeh
Dan kawasan sekitarnyaDan kawasan sekitarnyaDan kawasan sekitarnya

Jika kawasan anda tiada dalam jadual zon sila hubungi kami untuk pertanyaan

Klik "Lihat Senarai Buah Sekarang" untuk melihat list buah